2 faktor masyarakat sambut baik calon PAS di Samariang

HARAKAHDAILY | .

USTAZ Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi adalah calon PAS di N.07 Samariang.

Beliau merupakan seorang anak kelahiran tempatan Samariang dan dilihat sangat bertepatan pencalonannya di kawasan pilihan raya ini atas faktor orang muda yang memiliki ilmu agama yang baik.

Anak muda yang berumur 30 tahun ini selain mendapat pendidikan dari Darul Quran JAKIM (Diploma Al-Quran dan Qiraat), beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar Mesir juga dalam bidang Al-Quran dan Qiraat.

Selama berada di Mesir, beliau telah menimba ilmu bukan sahaja dalam bidang Al-Quran tetapi telah mengikuti pengajian-pengajian agama dengan pakar-pakar ilmuan Islam di sana.

Sejak kepulangan beliau dari Mesir beliau telah bertugas sebagai imam dan khatib di beberapa buah masjid di Wilayah Persekutuan.

Di sampng itu beliau kerap berulang alik ke Samariang untuk menyebarkan ilmu agama yang dipelajarinya. Kariah-kariah masjid dan surau di sekitar Samariang agak tidak asing lagi dengan sentuhan ilmu daripada Ustaz Yusof.

Mereka sangat merasakan kehadiran Ustaz Yusof ke Samariang ini dengan bacaan Al-Quran yang merdu dan ilmu agama yang diajarnya agak kontemporari.

Di dalam PAS, anak muda ini diberi tanggungjawab sebagai Pengarah Jabatan IT Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan di samping Penyelaras Urusan Ulamak PAS Kawasan Petrajaya.

Dari tinjauan rambang di sekitar daerah mengundi Samariang ini, rata-rata masyarakat tempatan sangat menyambut baik kehadiran Ustaz Yusof sebagai calon di N07 Samariang ini atas dua faktor utama.

Faktor pertama adalah sifat beliau seorang anak muda yang sudah pastinya dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat, atas faktor anak muda juga beliau dapat membela nasib anak-anak muda kampung agar terus terbela dan seterusnya dapat membantu menunjukkan hala tuju kehidupan. Manakala faktor kedua adalah kerana ilmu agamanya yang tinggi, Ustaz Yusof dapat membimbing golongan dewasa dan tua ke arah Islam yang sebenar agar mendapat keredhaan Allah swt.

Semoga hasrat pengundi di Dun Samariang untuk mempunyai wakil rakyat seorang ustaz berjaya dan mendapat perkenan daripada Allah SWT.

Share on Myspace