Seruan infak PRN Sarawak

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dengan selesainya proses penamaan calon PRN Sarawak semalam yang menyaksikan PAS berjaya meletakkan kesemua calonnya di 11 Dun yang telah diisytiharkan lebih awal, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) sekali lagi melancarkan kempen 'SERUAN INFAK PRN SARAWAK' kepada seluruh pencinta perjuangan Islam di seluruh negara.

Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata pihaknya juga amat berbesar hati merakamkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua penderma yang telah menyumbang kepada kejayaan seruan infak kami yang pertama, 'RM11 Untuk 11 Dun' yang telah digerakkan pada bulan lepas yang berjaya mengumpulkan kutipan sehingga 5 angka.

"Sumbangan telah pun selamat diagihkan kepada semua 11 Dun yang telah menggerakkan jenteranya sejak awal lagi," ujarnya menerusi laman facebook.

Justeru, katanya semalam bermulalah semboyan 'jihad pilihan raya' yang dinantikan sejak lama sehinggalah hari kemuncaknya nanti pada 7 Mei 2016.

Beliau menambah, seluruh jentera telahpun digerakkan dan diaktifkan sepenuhnya.

Justeru, katanya  komitmen semua rakyat Malaysia yang cintakan perjuangan Islam adalah diharapkan.

"Jentera parti di medan pilihan raya begitu memerlukan bantuan kewangan daripada kita semua.

"Ayuh bersegeralah dan jangan lepaskan peluang untuk merebut keuntungan terbesar daripada perniagaan terbesar yang ditawarkan oleh Allah kepada umat jihad fi sabiliLlah," ujar Ahli Parlimen Pasir Mas itu lagi. - HARAKAHDAILY 26/4/2016

Share on Myspace