Lanjut sekatan di Jalur Gaza jadi bom jangka - Hamas

HARAKAHDAILY | .

Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah (Hamas) memberi amaran bahawa sekatan lanjutan disertai tekanan penjajah zionis Israel di Jalur Gaza akan menjadi bom jangka yang boleh meletup bila-bila masa.

Penderitaan warga Gaza akibat penutupan penyeberangan, sekatan kemasukan bahan bakar, elektrik dan bahan keperluan hidup yang dilakukan pihak penjajah sejak 1 dekad terakhir adalah bom jangka yang boleh meletup dan mengenai zionis Israel setiap masa, ancam Hamas dalam keterangan rasminya, semalam.

Hamas percaya bahawa kesabaran warga Gaza yang telah ditunjukkan sejak hampir 10 terakhir suatu saat akan habis dan menimbulkan api perjuangan yang dapat membebaskan seluruh wilayah Palestin daripada penjajahan Yahudi Zionis Israel, lapor portal Eramuslim.

Senada dengan Hamas, salah seorang pemimpin kanan organisasi Mahmoud al-Zahar menyebut amaran keras yang disampaikan oleh Hamas adalah bentuk pengumpulan kemarahan warga Palestin di Jalur Gaza, khususnya berkaitan usaha pembinaan semula yang sengaja dihalang oleh pihak penjajah Zionis Israel.

Mahmoud al-Zahar menegaskan bahawa organisasinya tidak ingin melakukan konfrontasi ketenteraan dengan penjajah Zionis Israel, akan tetapi semua itu akan berbeza jika nantinya seluruh rakyat Palestin di Jalur Gaza turun ke jalan membongkar tembok sekatan dan menamatkan sendiri sekatan yang telah berlangsung sejak 2006 lalu.

Memenangi pilihan raya legislatif pada tahun 2006, penjajah Zionis Israel segera mengambil langkah sekatan wilayah Jalur Gaza yang merupakan pangkalan utama Hamas untuk mencegah api gelora perjuangan pembebasan Palestin merebak ke wilayah Tebing Barat dan Al-Quds. 

Share on Myspace