Clement pilih PAS platform perjuang hak rakyat Kakus

HARAKAHDAILY | .

Fenomena penamaan calon semalam kelihatan meriah apabila lokasi sekitar Majlis Daerah Tatau dibanjiri oleh penyokong-penyokong parti yang bertanding.

Para penyokong PAS dilihat terus bersemangat memberi sokongan dan dukungan kepada calon PAS N.60 Kakus, Clement Bayang.

Clement Bayang diiringi pemimpin PAS Pusat sudah sedia mengatur langkah membina harapan yang tinggi serta menggenggam azam yang kuat sedia menggantikan peminggiran hak rakyat Kakus dengan kesejahteraan hidup pada masa akan datang.

Clement, 59, merupakan calon tunggal bukan Islam PAS yang bertanding di dalam Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 ini.

Kesediaan beliau menjadi calon adalah untuk membela rakyat Kakus meringankan beban hidup yang ditanggung mereka.

Clement, yang juga merupakan ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak, bekas Tuai Rumah, pernah merakamkan sebuah album yang memuatkan beberapa lagu pada 2010 telah memilih PAS sebagai platform untuk memperjuangkan hak rakyat Kakus.

Beliau sangat yakin PAS adalah parti yang mampu menyokong beliau memenuhi impian mengenepikan peminggiran hak rakyat Sarawak selama ini yang dinafikan oleh BN dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Keserlahan peribadi Clement yang sentiasa prihatin dengan masalah warga Kakus dan ketokohan beliau sebagai pemimpin memberi peluang baru kepada pengundi-pengundi Kakus untuk memilih beliau sebagai wakil rakyat mereka.

Segalanya bertepatan dengan tujuan PAS menghantar calon-calon menyertai PRN Sarawak iaitu, menyubur amalan demokrasi di Sarawak dengan memberi pilihan yang pelbagai kepada rakyat Sarawak memilih mana-mana calon yang diyakini boleh mewakili mereka ke Dewan Undangan Negeri (Dun), dan memperkukuh sistem semak dan imbang dalam urus tadbir negeri Sarawak melalui penyertaan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sarawak, seterusnya memantau perjalanan pentadbiran negeri melalui Dun.

Share on Myspace