PRN Sarawak: Rakyat tolak calon GST

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Rakyat Sarawak diingat menggunakan peluang terbaik pada 7 Mei ini menolak calon-calon Barisan Nasional (BN) yang terbukti banyak menyusahkan rakyat negara ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof berkata sudah sampai masanya rakyat Sarawak meninggalkan BN.

“Rakyat Sarawak perlu merebut peluang 7 Mei ini bagi menghukum BN kerana tidak lagi mempedulikan kebajikan rakyat.

“Kehadiran GST sejak lebih setahun lepas memberi tekanan kepada rakyat miskin termasuk juga di Sarawak

“Kita kena pakat tolak calon BN yang mempertahankan GST sehingga menyusahkan rakyat Sarawak,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, beliau bersama pemimpin-pemimpin PAS Pusat dan Kelantan mengiringi perarakan calon PAS Dun Beting Maro, Hamidah Mokhtar.

Siti Zailah yang juga anggota parlimen Rantau Panjang berkata, Hamidah menjadi pemimpin terbaik bagi membawa suara rakyat di Beting Maro selepas peranan itu gagal dimainkan Adun BN sebelum ini. - HARAKAHDAILY 26/4/2016

Share on Myspace