Pertingkatkan momentum untuk raih kejayaan

HARAKAHDAILY | .

Setelah penamaan calon pada siang hari semalam, jentera PAS Lambir sempat beramah mesra dengan masyarakat tempatan di dalam satu majlis pelancaran manifesto yang dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Calon PAS N.72 Dun Lambir, Mohammad Arifiriazul Bin Paijo sempat meluangkan masa bersama pada majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau mengucapkan syukur atas kelancaran proses penamaan calon yang berlangsung di Dewan Institut Perguruan Miri, semalam.

Beliau menyeru semua jentera PAS agar dapat meneruskan momentum dalam dua minggu terakhir ini bagi memastikan segala gerak kerja pilihan raya berjalan lancar.

Tidak lupa juga beliau berdoa semoga Allah memberikan kekuatan dan kemenangan buat semua calon PAS yang bertanding di seluruh Sarawak.

Semoga dengan kepercayaan dan mandat yang bakal diberikan oleh rakyat, membolehkan calon PAS berkhidmat kepada rakyat, seterusnya dapat menyelesaikan permasalahan yang membelenggu rakyat selama ini.

Beliau yakin slogan 'Sejahtera Untukmu Sarawak'  sangat tepat dan tawaran itu diyakini dapat memberikan banyak kebaikan kepada masyarakat Lambir.

Akhir sekali, Arif mengucapkan terima kasih kepada semua masyarakat yang sudi datang dari jauh seperti Kampung Subak dan beliau sangat mengharapkan sokongan yang berterusan untuk PAS mensejahterakan Lambir khususnya dan Sarawak umumnya.

Share on Myspace