Pengundi Dun Muara Tuang serah borang sertai PAS

HARAKAHDAILY | .

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 24 borang permohonan keahlian PAS diserahkan pada satu majlis ceramah kelompok yang diadakan di rumah Hanapi Sidek, Kampung Niup dalam Dun Muara Tuang, malam ini.

Borang itu diserahkan kepada Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Turut hadir ialah AJK PAS Pusat, Razman Zakaria dan calon PAS Dun Muara Tuang, Zulkipli Ramzi.

"Alhamdulillah, malam ini dalam cramah kelompok hadir kira-kira 50 orang. Mereka kata hendak buat perubahan," ujar Idris kepada Harakahdaily.

Dalam ucapan pada majlis itu, beliau menyeru supaya perlu ada keberanian kepada rakyat untuk membuat perubahan dan berjuang bagi masa depan anak-anak akan datang.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menambah, cukuplah 10 kali dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak memberikan undi kepada BN.

Menurut beliau lagi, pemimpin hanya takut apabila rakyat berani berubah, maka apabila pembangkang menjadi kuat, rakyat lebih senang.

"Cukupalah janji manis BN setiap kali pilihan raya. Kalau calon PAS tidak laksanakan amanah, kita tukar pula," ujarnya. - HARAKAHDAILY 26/4/2016

Share on Myspace