Ustaz Wan dekat di hati masyarakat Sebuyau

HARAKAHDAILY | .

Kehidupan beliau serba sederhana, tinggal di sebuah rumah bersaiz biasa, dengan bahan binaan kampung.

Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set perabot mahal yang memukau. Yang ada hanyalah beberapa almari yang penuh dengan kitab-kitab agama.

Biarpun beliau mampu untuk hidup mewah bergaya dengan menjadi usahawan Eiken berjaya, di samping mempunyai seorang isteri yang merupakan doktor perubatan, namun kesederhanaan dalam hidup menjadi pilihan mereka sekeluarga.

Wajahnya yang jernih dan tulus lambang kerendahan hati. Siapa tak kenal Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad.

Pendakwah bebas yang tidak lekang dengan senyuman, menggalas tanggungjawab sebagai murabbi kepada masyarakat menuntut beliau untuk bergerak ke sana ke mari meninggalkan keluarga demi menyebarkan ilmu kepada masyarakat.

Mudah mesra dengan penduduk, tidak kisah duduk bersila, bergurau senda, makan makanan yang sama dengan penduduk menjadikan beliau makin dekat di hati masyarakat Sebuyau.

Tidak perlu dihampar dengan permaidani merah untuk menyambut beliau, tidak kisah soal bayaran jika dijemput berceramah, malah ada kalanya duitnya pula akan dikeluarkan demi menempatkan PAS di hati rakyat.

“Bagi saya yang dah lama kenal calon…calon seorang yang rendah diri, dan senang didampingi oleh sesiapa pun peramah pulak tu,” ujar Wan Rajuna, rakan yang mengenali beliau.

Bekas graduan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Al-Azhar ini ternyata bijak dalam berpolitik. Membawa amalan politik matang dan sejahtera menjadikan beliau senang didekati oleh masyarakat Muslim dan bukan muslim.

“Ustaz seorang yang hebat baik peribadi ataupun kerjaya, peramah, senang didampingi,“ ujar  seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Andita.

Beruntunglah masyarakat Sebuyau jika mempunyai pemimpin sebegini. Rendah hati,senang didekati, mendahulukan kebajikan yang lain daripada kebajikan diri sendiri.

Ustaz Wan Abdillah, kehadiranmu dinanti-nanti.

Share on Myspace