Rakyat harmoni, seronok kempen PRN Sarawak

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Seronok kempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, rakyatnya mesra dan harmoni apabila bertemu, ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, walaupun di rumah mereka penuh dengan bendera BN, namun layanan mesra kepada PAS yang datang amat baik.

"Soal sokong atau tidak, kita serah kepada Allah SWT. Tugas kita menerang," ujarnya menerusi laman facebook.

Beliau juga melahirkan kesyukuran apabila 11 calon PAS diterima oleh pihak SPR pada hari penamaan calon PRN Sarawak.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata, ujian awal sudah berjaya, memang hari penamaan calon amat mendebarkan takut kertas pencalonan ditolak.

Ini, ujarnya berkat doa dan penelitian yang dibuat oleh mereka yang pakar di dalam pilihan raya yang telah meneliti dari segi status kebankrapan dan kesalahan akta pilihan raya setiap calon PAS. - HARAKAHDAILY 27/4/2016

Share on Myspace