PAS kuat kerana ramai amilin ikhlas membantu

HARAKAHDAILY | .

Bagi calon PAS N.07 Samariang yang akrab dipanggil Ustaz Yusof itu, dukungan keluarga adalah kekuatannya.

"Insya Allah dengan restu ayah bonda, segalanya akan dipermudahkan," ujar beliau.

Sebaik sahaja keluar dari pusat penamaan calon semalam, beliau terus memeluk ayahanda  yang menunggu di luar.

Penglibatan beliau dalam politik turut mendapat sokongan penuh daripada isteri, ibu bapa, dan ibu bapa mertua apabila mereka turut hadir pada hari penamaan calon.

Calon muda yang berusia 30 tahun itu dilihat semakin mendapat tempat di hati rakyat Samariang.

Beliau yang sentiasa tenang dalam setiap tindakan begitu optimis, PAS akan diterima sekiranya rakyat memahami apa yang diperjuangkan.

Hari ini, Ustaz Yusof akan meneruskan berkempen dan mengharap sokongan dan doa yang tidak putus dari penyokong-penyokong beliau.

"Doakan kami, PAS kuat kerana ramainya amilin yang ikhlas untuk membantu," ujar beliau mengakhiri sesi soal jawab bersama wartawan.

Share on Myspace