Zainal utama kebajikan rakyat di Pantai Damai

HARAKAHDAILY | .

Pendekatan 'Budaya Politik Matang dan Sejatera' yang cuba ditonjolkan dan dibawa oleh calon PAS N.04 Pantai Damai, Zainal Abidin Yepni ternyata bukan hanya omongan kosong, bahkan cuba dibuktikan dengan bakti beliau untuk rakyat kawasan Dun khasnya.

Zainal Abidin yang menentang calon dari BN-PBB, Dr Abdul Rahman Junaidi bertekad mencabar kerusi Dun itu dengan komited menawarkan kesejahteraan yang akan dilaksanakan untuk rakyat.

Beliau yang terkenal dengan sifatnya yang berjiwa rakyat, juga sangat merendah diri dan bersungguh-sungguh menyebabkan rakyat sekitar senang mendekatinya.

Hal ini memberikan kelebihan kepada beliau dalam keadaan rakyat inginkan perubahan dalam pemerintahan, tidak hanya melaksanakan kerja ibarat melepaskan batuk di tangga.

PAS serius dalam agendanya untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat di samping memastikan rakyat Sarawak terus sejahtera dan sentosa di bawah pemerintahan kerajaan yang adil dan saksama. 

Share on Myspace