Muhammad Ibrahim Gabenor BNM yang baru

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baru untuk tempoh lima tahun mulai 1 Mei ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam satu kenyataannya hari ini.

"Saya yakin di bawah kepimpinan Muhammad, BNM akan meneruskan sumbangannya dalam membantu kerajaan, memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara serta mentadbir dasar monetari dan mengawalselia industri kewangan negara, termasuk juga meneruskan usaha BNM membangunkan industri kewangan dengan sewajarnya,"ujarnya.

Jawatan terakhir Muhammad adalah sebagai Timbalan Gabenor BNM yang disandang sejak tahun 2010. Beliau memegang sijil Sarjana dari Unversiti Harvard Amerika Syarikat

"Bagi Pihak kerajaan Malaysia saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Tan Sri Datuk Dr. Zeti Akhtar Aziz di atas segala sumbangan cemerlang beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Gabenor BNM yang ketujuh," tambahnya.

Terdahulu, Zeti telah membuat keputusan muktamad untuk tidak menyambung jawatannya yang akan tamat pada 30 April  ini, sama ada tawaran daripada kerajaan ataupun mahukan beliau sambung semula. Zeti turut menyatakan hasratnya untuk menulis buku ketika persaraannya nanti. – HARAKAHDAILY 27/4/2016

Share on Myspace