Kerabat yakin PAS perjuang nasib bekas perajurit

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (Kerabat) meyakini PAS dalam perjuangan untuk membela nasib bekas perajurit.

Sehubungan itu, perbincangan bersama Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat di Pejabat Agung PAS di sini, petang ini adalah untuk memperkemas dan memberi kesedaran kepada veteran anggota tentera di peringkat akar umbi.

Menurut pengerusi lajnah berkenaan, Razman Zakaria mereka telah dijanjikan tapak rumah dan skim perubahan bekas veteran tentera sebelum PRU13 lalu oleh kerajaan tetapi tidak ditunaikan hingga kini.

Hadir sama ialah Presiden Kerabat, Lt Kol (B) Nazari Mokhtar,  timbalannya, Kapt (B) Datuk Azizul Abdul Rahman dan Pengerusi Kerabat Wilayah Persekutuan, Aziz Majeed. - HARAKAHDAILY 27/4/2016

Share on Myspace