Pesakit kanser rahim tahap dua mohon bantuan segera

JOFRI JARAIEE | .

MIRI: Seorang pesakit kanser rahim tahap kedua yang tinggal di Pujut Adong 1A Miri memohon bantuan untuk kos perubatan beliau ke Kuching. Puan Nancy Bili yang berumur hampir 53 tahun telah dikesan mengalami kanser ini beberapa bulan yang lalu.

Menurut anaknya, ibunya mengalami masalah ini ketika balik dari bekerja membantu suaminya memotong rumput.
 
Mereka menghantar Nancy ke hospital umum Miri untuk pemeriksaan lanjut dan selepas membuat pemeriksaan imbasan ultrabunyi, doktor mendapati terdapat perubahan pada bahagian dinding rahim yang menyebabkan dia terpaksa menjalani pemeriksaan biopsy.
 
Sejak itu dia tidak dapat membantu suaminya bekerja sebagai pemotong rumput. Suaminya hanya mengharap agar pihak berkuasa dapat membantu isterinya saja kerana dia tidak mampu menanggung kos untuk perubatan di Kuching.
 
Mereka pernah memohon bantuan E-Kasih tetapi tiada sebarang jawaban hingga kini. Mereka sekeluarga juga menyewa rumah tepi sungai Adong dan mereka amat mengharap ada pihak yang sudi membantu meringankan bebanan yang mereka tanggung.
 
Mereka mengadu masalah ini kepada pihak PAS ketika melakukan lawatan ke Kampung Pujut Adong baru-baru ini. PAS berusaha untuk membantu mereka sekadar kemampuan yang ada. Sepatutnya pihak berkuasa dan badan kebajikan serta Baitulmal boleh membantu mereka dengan memberi bantuan bulanan atau membayar kos perubatan dia sehingga sembuh.
 
PAS Miri mengesa pihak berkuasa dapat segera memberi bantuan kepada keluarga Nancy ini memandangkan mereka adalah dari golongan yang kurang berkemampuan untuk menganggung kos perubatan yang terlalu tinggi untuk golongan berpendapatan tidak tetap.
 
Keluarga Nancy amat mengharap pihak berkuasa dan badan kebajikan dapat membantu mereka menanggung kos perubatannya hingga sembuh. Kita mendoakan agar penyakit yang dialami oleh Nancy akan diubati dengan segera.
 
Hospital umum Miri juga tidak mempunyai kelengkapan yang terbaik untuk menangani masalah kanser. Kebanyakan pesakit kanser terpaksa diterbangkan ke Kuching dengan menunggu giliran untuk diperiksa.
 
Masalah ini sudah lama diadukan kepada pihak berkuasa tetapi tiada tanda masalah ini akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Kos perubatan yang tinggi juga menyebabkan rakyat miskin terus menderita kerana tidak mampu untuk membayarkannya.
 
PAS Miri mengesa sekali lagi agar pihak berkuasa perlu melihat masalah pesakit kanser ini dengan serius agar masalah yang mereka hadapi dapat ditangani sebaik mungkin. Kerjasama dengan pihak berkuasa untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat amat dihargai. – HARAKAHDAILY 28/4/2016

Share on Myspace