Lapor polis papan tanda calon PAS Lambir disabotaj

HARAKAHDAILY | .

Papan tanda yang dirosakkan (atas), poster asal (bawah).

(MIRI: Laporan polis dibuat hari ini, 29 April 2016 di Balai Polis Pusat Miri pada jam 8.47 pagi oleh Pengarah Pilihan raya PAS bagi N.72 Lambir, Muhammad Afiq Mohd Khazar.

Laporan dibuat berikutan kejadian papan tanda calon PAS N.72 Lambir, Mohammad Arifiriazul Paijo yang disabotaj di Kampung Beraya.

Kejadian dikesan oleh petugas pilihan raya PAS Lambir, semalam.

PAS Lambir berasa kesal atas perkara yang berlaku dan berharap polis dapat membuat siasatan lanjut serta mengambil serius berhubung perkara itu. - HARAKAHDAILY 29/4/2016

Share on Myspace