Pujut Sejahtera: Manifesto ekonomi, kemudahan rakyat

HARAKAHDAILY | .

Berbekalkan semangat Iltizam untuk Sarawak, Program “Untukmu Sarawak” yang dicetuskan oleh Pemuda PAS negeri menunjukkan PAS negeri cakna dalam menangani masalah bebanan rakyat.

Calon PAS N.74 Pujut, Haji Jofree Jaraiee dalam agenda “Pujut Sejahtera”, beliau menyentuh soal ekonomi dan kemudahan rakyat yang berkait rapat dengan program “Untukmu Sarawak”.

Kesediaan dalam membantu masyarakat Pujut, beliau mengambil inisiatif untuk membantu rakyat mendapatkan bekalan air dan elektrik bagi kemudahan harian mereka.

Selain itu, beliau juga mahu menaiktaraf sistem pengairan pertanian desa seperti membuat tubewell, telaga, kolam tadahan dan terusan.

Bagi Haji Jofree Jaraiee, usaha ini untuk memudahkan petani Pujut menguruskan tanaman selain menjana pendapatan mereka.

Memenuhi keperluan asas infrastruktur dan keperluan asas individu dalam komuniti adalah antara agenda utama dalam program “Untukmu Sarawak”.

Oleh hal yang demikian, calon PAS N.74 ini ingin memperluaskan projek infrastruktur di Pujut antaranya dari aspek pengangkutan, kemudahan awam dan khidmat perbandaran.

Bagi beliau, infrastruktur yang baik dan lengkap amat penting bagi kemudahan, keselesaan dan keselamatan rakyat.

Menyentuh soal ekonomi rakyat, Haji Jofree Jaraiee ingin mempromosikan “Satu Kampung Satu Produk”.

Program ini merupakan antara inisiatif bagi menjana kewangan sesebuah kampung di Pujut.

Beliau juga amat mementingkan golongan belia dan wanita kerana dua kumpulan ini merupakan antara penyumbang utama dalam ekonomi negara khususnya di Sarawak.

Calon PAS N.74 ini mahu meningkatkan kemahiran belia dalam bidang vokasional dan keusahawanan malah beliau juga ingin meningkatkan kemahiran ekonomi wanita di Pujut.

Share on Myspace