Rakyat Sarawak berbudi, terima kehadiran petugas PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Rakyat Sarawak sopan dan berbudi. Peramah dan pandai merai tetamu yang datang," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, mereka boleh terima kehadiran petugas PAS ke rumah mereka tanpa herdikan dan kata-kata kesat.

"Mereka sudi menjadi pendengar yang baik.

"PAS tidak mampu memberi benda, tetapi kita boleh mempamerkan budi dan akhlak yang tinggi sebagai daya tarikan," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menerusi laman facebook.

Pada Pilihan raya Negeri Sarawak ke-11 ini, PAS bertanding 11 kerusi Dun iaitu Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

SPR menetapkan hari mengundi PRN Sarawak ke-11 pada 7 Mei ini.

Share on Myspace