Turki akan tinggalkan diktator sekular warisan Ataturk

HARAKAHDAILY | .

Perdana Menteri Ahmet Davutoglu mengatakan bahawa sistem negara liberal akan menjadi bentuk baharu negara Republik Turki menggantikan diktator sekular yang telah dibina oleh Mustafa Kamal Ataturk.

Kenyataan ini dilontarkan Ahmet Davutoglu dalam pertemuan dengan ahli Parti Keadilan dan Pembangunan di ibu negara Ankara pada 27 April lalu untuk membincangkan pindaan perlembagaan negara.

"Langkah perubahan ini bermula dengan pembentukan sebuah jawatankuasa untuk menggubal perlembagaan baru negara mulai minggu ini," ujar Ahmet Davutoglu di hadapan ahli parti seraya menjelaskan bahawa pindaan perlembagaan negara dan sistem kepemimpinan menjadi presiden telah berunding terlebih dahulu dengan ahli akademik dan para pakar tata negara.

Ahmet Davutoglu berjanji bahawa sistem liberal akan menjamin kebebasan beragama dan berkeyakinan warga, serta meletakkan negara di tempat yang sama di hadapan semua kumpulan agama.

Orang nombor 2 Parti Keadilan dan Pembangunan itu berharap bahawa jawatankuasa terpilih dapat segera menyelesaikan pekerjaannya dalam masa yang singkat, untuk kemudian membentangkan rancangan perlembagaan kepada parti dan kalangan profesional. (Eramuslim)

Share on Myspace