Pesta Buku: Galeri Media tawar diskaun hebat

SALMIYAH HARUN | .

SERDANG: Anda ingin mendapatkan buku-buku keagamaan, motivasi, ilmiah dan kanak-kanak dengan potongan harga yang istimewa, para pembeli dan pembaca jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi booth Galeri Media Serbanika SB pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 yang bermula hari ini.

Booth Galeri Media Serbanika beroperasi di A2109-2112 Dewan A2 (tingkat 2) menawarkan potongan sebanyak 30 peratus bagi semua jenis buku.

Para pengunjung juga berpeluang mendapat hadiah istimewa dengan pembelian melebihi RM200.

Menurut pegawai yang bertugas, Nurhafizah Ibrahim, mereka turut menerima baucer BB1M bagi pembelian mana-mana buku yang terdapat di booth mereka.

Katanya, bagi pemegang kad Istiqamah dinasihatkan membawa kad mereka bagi menambahkan jumlah mata terkumpul sepanjang pesta buku berlangsung.

"Selain dapat potongan harga, dalam masa yang sama pemegang kad ini dapat tambah mata ganjaran mereka.

"Para pembeli jangan lepaskan peluang ini, banyak buku yang kami sediakan pelbagai jenis dan peringkat, semua ada," katanya ketika ditemui.

Buat pertama kalinya Pesta Buku Antarabangsa di adakan di Malaysia Agro Exposition Park (Maeps), Serdang bermula hari ini hingga 9 Mei ini.

Para pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan  bas ulang alik yang disediakan di komuter Serdang, LRT Bukit Jalil dan Putrajaya Sentral. – HARAKAHDAILY 29/4/2016

Share on Myspace