Apabila Allah anugerah kepada kita umur panjang

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Apabila Allah anugerah kepada kita umur yang panjang ia merupakan satu kelebihan yang mesti dimanfaatkan.

Demikian tulis Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam laman facebooknya.

Menurutnya, jika kita orang yang soleh memberi peluang untuk menggandakan amalan supaya menjadi bekalan yang berharga di akhirat nanti.

"Jika kita orang yang banyak dosa memberi peluang kepada kita untuk bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Justeru, kata beliau manfaatlah umur sebelum sakaratul maut menjemput.

Sementara itu, AJK PAS Pusat, Ustaz Sallehen Mukhyi pula berkata, untuk membangunkan sebuah rumah dalam kehidupan kita di dunia ini, mesti bermodal besar.  

"Semakin besar rumah semakin besarlah modal," ujarnya menerusi laman facebook.  

Namun, katanya untuk mendirikan mahligai indah di akhirat nanti, Allah hanya berkehendak agar kita bermodal dengan membangunkan diri sendiri di awal pagi dan sujud kepadaNya.

"Kita bangun untuk menyediakan milik kita di akhirat nanti," ujarnya yang juga Adun Sabak, Selangor. - HARAKAHDAILY 30/4/2016

Share on Myspace