Ustaz Wan Abdillah berazam hidupkan surau di Sebuyau

HARAKAHDAILY | .

Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad, calon PAS di Dun N.27 Sebuyau berazam untuk menghidupkan program keagamaan terutamanya di surau-surau kampung yang kelihatan sudah lama tidak begitu aktif.

"Saya melihat aktiviti keagamaan agak kurang aktif, kadang-kadang solat berjemaah di surau pun tidak cukup 5 waktu seperti yang sepatutnya," ujar beliau.

Beliau juga seorang pendakwah sebelum ini begitu mengambil berat akan kewajipan-kewajipan agama seperti kewajipan fardu kifayah yang merupakan tanggungjawab kepada sesebuah masyarakat Islam.

Ustaz Wan Abdillah walaupun terus memfokuskan isu hak rakyat seperti keperluan asas dan status ekonomi, beliau tidak pernah lupa untuk mengambil cakna akan tugas manusia di bumi iaitu untuk menjadi khalifah dan beribadah kepada-Nya.

Share on Myspace