Zulkipli risau pengangguran, pembangunan tak seimbang

HARAKAHDAILY | .

CALON PAS N.16 Muara Tuang, Zulkipli Ramzi melahirkan kerisauan tentang isu pengangguran anak muda serta pembangunan yang tidak seimbang di kawasan itu.

Katanya, pembangunan ada, tetapi belum mampu memenuhi keperluan dan kehendak rakyat.

"Peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan sangat susah diperolehi, jika ada pun pekerjaan itu tidak tetap, ada yang menjadi nelayan dan taraf hidup mereka masih sangat kurang.

"Selain itu, apa yang merisaukan juga adalah pembangunan yang tidak seimbang dengan keadaan semasa," ujar beliau.

Zulkipli yang tinggal Kota Samarahan sejak lebih 10 tahun sudah masak dengan keadaan dan kesempitan hidup rakyat di Dun Muara Tuang.

Beliau berazam untuk berusaha mengubah nasib anak-anak Muara Tuang yang selama ini tidak mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya.

"Jika diberi mandat, kita akan bekerja sepenuhnya bagi memastikan kesemua tawaran PAS dipenuhi," katanya lagi.

Share on Myspace