Perutusan Hari Pekerja Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada rakyat Malaysia yang bekerja siang dan malam untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran negara.

Pekerja laksana batu bata yang membangunkan negara samada sektor kerajaan atau swasta semestinya dibangunkan jatidiri mereka dengan budaya kerja yang amanah, integriti, cekap, bertanggungjawab dan mengutamakan unsur kerohanian seperti menjaga solat berjemaah, membaca Al-Quran dan berpakaian menutup aurat.

PAS meyakini bahawa kepakaran yang dimiliki oleh rakyat Malaysia sepatutnya dimanfaatkan untuk membangunkan negara sendiri, meluaskan peluang pekerjaan dan memberi mereka ruang untuk menyumbang. Menjadi satu kerugian bagi negara, kepakaran anak tempatan tidak dimanfaatkan sehingga negara luar mengambil mereka dan mencipta pelbagai projek dan teknologi baru bertaraf dunia.

Mudah-mudahan Sambutan Hari Pekerja saban tahun memberi kegembiraan kepada rakyat sebagai tanda penghargaan. Pada masa yang sama dilakukan muhasabah terhadap sistem negara agar dibangunkan para pekerja dan negara dengan nilai-nilai Islam.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
23 Rejab 1437 / 1 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 1/5/2016

Share on Myspace