Replika jet bukti komitmen petugas PAS di Kakus

HARAKAHDAILY | .

Sebuah replika jet pejuang telah dibina oleh para petugas PAS sambil diperhatikan oleh calon PAS N.60 Kakus, Clement Bayang.

Replika jet pejuang yang disaluti bendera PAS itu seolah-olah menggambarkan komitmen dan semangat juang petugas PAS yang terus bersemangat untuk menggiatkan kempen dalam misi menghantar calon PAS Clement Bayang ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak.

Ini menggambarkan kempen PAS begitu harmoni tanpa sebarang provokasi murahan.

Kempen yang penuh dengan kreativiti ini menyemarakkan lagi keharmonian demokrasi khususnya dalam Dun Kakus.

Ini juga bertepatan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS yang menyebut bahawa PAS bersama dalam Pilihan raya Negri Sarawak sebagai untuk mengembangkan dakwah dan bukan untuk bermusuh.

Diharap dengan kesepaduan dan kerjasama padu antara para petugas PAS berjaya mengeluarkan anak sulung PAS di Sarawak pada pilihan raya kali ini.

Share on Myspace