Menuju 'Pujut Sejahtera' manifesto ekonomi rakyat

HARAKAHDAILY | .

Pembangunan sosioekonomi merupakan antara agenda menuju “Pujut Sejahtera” yang dibawa oleh Haji Jofree Jaraiee calon PAS N.74 Pujut.

Antara matlamat utama inisiatif ini adalah untuk meningkatkan peluang perkerjaan dalam kalangan masyarakat Pujut serta melahirkan masyarakat yang proaktif dan dinamik.

Program “Satu Kampung Satu Produk” adalah usaha yang cuba dibawa oleh calon PAS N74 ini sebagai medium untuk membantu mengurangkan beban rakyat khususnya bagi pegawai kerajaan yang akan bersara dengan menyertai projek-projek yang akan dijalankan dan juga kepada anak muda di kampung yang belum mempunyai pekerjaan tetap.

Usaha ini adalah salah satu langkah bagi menjana pendapatan masyarakat terutama bagi isi rumah yang berpendapatan rendah.

Selain itu, perniagaan kecil-kecilan merupakan antara aktiviti utama di Pujut. Oleh hal yang demikian, Haji Jofree Jaraiee mahu meningkatkan kemahiran belia dalam bidang keusahawanan dan vokasional.

Bagi beliau, usaha ini dapat membina generasi belia yang mempunyai jati diri dan kompeten dalam kemahiran bagi memenuhi keperluan pembangunan negara.

Peranan wanita kini semakin luas mencakupi pelbagai bidang.

Sehubungan itu, calon PAS N74 Pujut ini mahu penglibatan wanita Pujut di dalam bidang ekonomi iaitu dengan meningkatkan kemahiran ekonomi mereka malah dapat menghadapi cabaran ekonomi berasaskan pengetahuan.

Bagi beliau, wanita kini bukan sahaja mampu menjana ekonomi keluarga bahkan turut membantu membangunkan ekonomi dan menjana pendapatan negara.

Share on Myspace