Belia Beting Maro nyatakan sokongan kepada PAS

HARAKAHDAILY | .

Satu Pertandingan Futsal Belia telah berjaya dianjurkan oleh penduduk Semarang dengan kerjasama PAS Beting Maro, baru-baru ini.

Secara keseluruhannya, golongan belia telah turun beramai-ramai untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh PAS Beting Maro ini.

Mohd Khairuddin, seorang belia Beting Maro menyatakan sokongan yang padu terhadap usaha dan aktiviti yang dijalankan untuk penduduk.

Beliau menyokong program sukan yang dianjurkan oleh PAS kerana ia dapat memupuk semangat kesukanan dalam kalangan anak muda dan menjalinkan silaturahim sesama masyarakat.

Mewakili penduduk Semarang, Khairuddin turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur yang telah berjaya menganjurkan pertandingan futsal itu.

Jamaluddin, 27, salah seorang ahli jawatankuasa perlawanan futsal turut mengucapkan  ribuan terima kasih kepada PAS yang memberikan sumbangan untuk menjayakan program itu.

Dana yang dikeluarkan oleh PAS bukan sahaja untuk perlawanan, malah membaik pulih infrastruktur yang telah rosak.

Beliau turut bersemangat memberi laung "Hidup PAS!" menandakan sokongan padu kepada PAS untuk bertapak di Beting Maro.

Sememangnya, golongan muda inilah yang bakal menjadi pemimpin suatu hari nanti.

Aktiviti-aktiviti yang berfaedah perlu dijalankan bagi menarik minat golongan muda supaya mereka tidak membuang masa begitu sahaja dan dapat menghindarkan daripada terlibat dengan masalah sosial.

Pendekatan PAS ini sedikit sebanyak membuka peluang kepada golongan muda untuk mencungkil bakat masing-masing dalam bidang yang mereka minati seperti sukan.

Share on Myspace