Muktamar PAS 2016 sempena Tahun Melawat Kelantan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS akan mengadakan Muktamar Tahunan Kali Ke-62 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) pada 1 hingga 4 Jun depan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata majlis perasmian muktamar dan Ucapan Dasar Presiden bermula jam 8.30 pagi pada 2 Jun.

Selain itu, ujarnya muktamar dewan-dewan berlangsung pada 31 Mei hingga 1 Jun iaitu Dewan Ulamak PAS Pusat di Dewan Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Putih, Dewan Pemuda PAS Malaysia di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu dan Dewan Muslimat PAS Malaysia di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI, Kota Bharu.

Menurutnya, sidang muktamar-muktamar kecuali program tertutup terbuka kepada pihak media.

"Oleh itu syarikat-syarikat media cetak, media elektronik dan media sosial dipelawa untuk memohon Pas Media Muktamar 2016 yang bertujuan memudahkan pengurusan pihak panitia muktamar," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pas media itu bolehlah digunakan untuk Muktamar PAS Pusat dan dewan-dewan Pusat.

Beliau berkata, permohonan bolehlah dibuat melalui email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

Ahli Parlimen Kota Bharu itu menambah, bersempena dengan 'Tahun Melawat Kelantan 2016', pelbagai program dan persembahan akan turut diadakan sepanjang muktamar kali ini. - HARAKAHDAILY 2/5/2016

Share on Myspace