Empangan di Selangor catat penurunan 2-4 peratus

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Empangan Sungai Selangor terus mencatatkan penurunan sehingga 61.93 peratus berbanding 63.70 peratus pada Selasa lalu (26 April).

Menurut laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), ia menurun sebanyak 1.77 peratus dengan taburan hujan 7.30 mm3, lapor Selangor Kini.

Sementara itu, Empangan Batu mencatatkan takungan 69.80 peratus, Semenyih (67.68 peratus) dan Langat (75.76 peratus).

Manakala empangan Tasik Subang mencatatkan takungan 83.76 peratus dan empangan Sungai Tinggi (75.17 peratus).

Selain itu, empangan Klang Gates pula mencatatkan 57.75 peratus dan Kolam Takungan Sungai Labu pula 46.60 peratus dicatatkan.

Rata-rata empangan itu menurun sebanyak dua hingga empat peratus sejak dua minggu lalu.

Sebelum ini, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan negeri memantau paras air di empangan dan Sungai di Selangor hampir setiap jam.

Katanya, ia bagi memastikan bekalan air sentiasa cukup untuk seluruh penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, berkata kerajaan negeri dalam usaha melakukan pelbagai inisiatif supaya masalah kekurangan air dialami sebelum ini tidak berulang.

Kerajaan Negeri juga yakin tiada catuan bekalan air sehingga hujung tahun ini berikutan rizab air positif dan beberapa langkah mitigasi awal diambil.

Share on Myspace