Masyarakat Beting Maro harap calon PAS menang

HARAKAHDAILY | .

Semangat masyarakat Beting Maro berada pada tahap yang sangat tinggi dalam usaha untuk memenangkan calon PAS, Hamidah Mokhtar sebagai wakil rakyat mereka.

Pelbagai pihak termasuk masyarakat kampung, para peniaga dan orang perseorangan yang ditemui, menaruh harapan besar supaya PAS dapat mencipta kemenangan di sana.

Kesepakatan itu ditunjukkan melalui kerjasama erat antara pemimpin dan jentera PAS, bergandingan dengan masyarakat tempatan menjadikan hampir setiap aktiviti mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Kehadiran jentera PAS di kampung-kampung disambut dengan penuh mesra bagaikan keluarga besar yang sudah saling mengenali.

Kelihatan juga, masyarakat berbilang etnik yang tidak kekok menggayakan baju PAS sebagai tanda sokongan semasa kunjungan calon PAS ke tempat mereka.

Ternyata, 'Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)' dilihat mampu menyatukan masyarakat berbilang etnik dan budaya ke arah perpaduan, keharmonian dan kemajuan yang seimbang.

Masyarakat Beting Maro mengharapkan kehadiran wakil rakyat daripada PAS sebagai ‘Rahmat Untuk Semua’.

Share on Myspace