Pengundi Cina luah sokongan kepada Jofri

HARAKAHDAILY | .

Calon PAS N.74 Pujut, Jofri Jaraiee hari ini turun padang bagi menemui para pengundi yang berada di Pasar Besar Krokop.

Kehadiran Jofri memeriahkan seluruh Pasar Besar Krokop lantaran keramahan beliau bertegur sapa dengan para pengundi di samping cenderahati yang diberikan kepada para peniaga.

"Kali ini kita ubah, kita mau (mahu) tengok bulan akan mengambang," ujar seorang peniaga berbangsa Cina berseloroh ketika disapa oleh calon PAS tersebut.

Hampir keseluruhan para peniaga di kawasan tersebut adalah berbangsa Cina dan melahirkan rasa bangga, hormat dan percaya kepada calon PAS mampu membawa perubahan yang besar di Dun Pujut.

Sejurus selepas itu, Jofri bersama dengan para jentera PAS Pujut menemui para pengundi di Pelita Commercial Center yang juga menghimpunkan kebanyakannya pengundi berbangsa Cina.

Kehadiran Jofri ke kawasan tersebut juga disambut dengan positif dan matang daripada para pengundi dan juga pengunjung.

Dengan menggunakan konsep mesra pengundi, Jofri memasuki kedai-kedai yang berada di sekeliling Pelita Commercial Center sehingga menyebabkan ada di antara para pengunjung dan peniaga berasa terharu dan terkejut dengan kehadiran beliau.

Rata-rata para pengunjung sangat menyenangi budi bicara calon PAS Pujut ini kerana keramahan dan bahasa yang santun serta lembut yang digunakan kepada para pengunjung.

"Saya harap PAS akan memenangi sebuah kerusi di pilihanraya kali ini," kata salah seorang pengunjung.

Jofri Jaraiee, dengan perwatakan yang mesra rakyat sentiasa komited untuk memperjuangkan hak-hak rakyat di samping membawa masyarakat ke arah yang lebih baik.

Share on Myspace