Sultan Selangor berkenan ziarah Menteri Besar Kelantan

RIZAL TAHIR | .

(Foto daripada fb Ustaz Datuk Ahmad Yakob)

KOTA BHARU: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menziarahi Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini, petang ini.

Baginda diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiba jam 2.30 petang dan disambut oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Keberangkatan tiba Sultan Selangor kemudian disambut Ustaz Ahmad yang lengkap berpakaian jubah putih. Sultan memeluk erat Menteri Besar pada awal pertemuan.

Perjumpaan bersejarah itu berlangsung kira-kira 40 minit.

Ustaz Ahmad menjunjung kasih kepada Sultan Selangor kerana perkenan menziarahinya.

“Junjung kasih ke atas perkenaan Sultan Selangor kerana sudi menziarahi saya. Insya-Allah hubungan antara Selangor dan Kelantan bertambah erat,” ujarnya ketika ditemui pemberita.

Beliau juga menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan Selangor melalui Lembaga Zakat kerana membantu membina 29 rumah kepada mangsa banjir di Pasir Puteh.

Mohd Amar pula berkata, kunjungan Sultan Selangor mencatat satu sejarah di negeri ini.

Pada sebelah pagi Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Sultan Muhammad V mengurniakan kunci rumah kepada penduduk Desa Alam Shah, Kampung Gong Jenarah, Bukit Awang, Pasir Puteh.

Ustaz Ahmad bercuti rehat selepas menjalani pembedahan 13 April lepas. - HARAKAHDAILY 3/5/2016

Hubungan Selangor-Kelantan mesra

Share on Myspace