Presiden PAS menziarahi MB Kelantan

SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .

KOTA BHARU: “Alhamdulillah beliau sudah sihat dan ceria sekali. Insya-Allah tidak lama lagi Ustaz Ahmad akan kembali bertugas bersama rakyat.

“Saya juga berharap rakyat Kelantan faham keadaan kesihatannya sekarang,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau ditemui selepas menziarahi Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob di JKR 10 petang ini sebaik tiba dari Kucing, Sarawak.

Beliau meluangkan lebih sejam menemui Ustaz Ahmad. Turut hadir Speaker Dun Kelantan Datuk Abdullah Yakob, anggota-anggota Exco Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

TG Abdul Hadi juga berharap Menteri Besar Kelantan dapat berehat sepenuhnya kerana ia juga merupakan kaedah rawatan yang baik.

Ustaz Ahmad baru-baru ini menjalani pembedahan kecil di bahagian kepala bagi membuang darah beku. Berikutan itu beliau menerima rawatan selama seminggu di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.

Pada Selasa lepas beliau juga diziarahi Sultan Selangor. – HARAKAHDAILY 5/5/2016

Share on Myspace