Sambutan lebih hebat berbanding PRN S’wak dulu

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasakan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak kali ini PAS diterima hebat masyarakat di negeri tersebut.

Kata beliau kelihatan tanda-tanda yang menyebelahi PAS bagi melahirkan anak sulung di Dun Sarawak pada pilihan raya tersebut.

“Sambutan masyarakat terhadap PAS begitu baik sehingga melebihi dua kali PRN sebelum ini.

“Mengikut laporan petugas PAS termasuk ketika saya turun berkempen, sokongan masyarakat terhadap PAS kian menyerlah akhir-akhir ini,” kata Presiden PAS ketika ditemui selepas menziarahi Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob, di JKR 10 petang tadi.

Menurutnya juga sewaktu berkempen beliau nampak sambutan cukup hebat berbanding dua kali pilihan raya yang pernah disertai PAS sebelum ini.

Beliau berkata tidak ada sebab rakyat Sarawak menolak calon PAS kerana mereka sangat baik, di samping juga anak kelahiran Bumi Kenyalang.

“Mereka bukan sahaja berpendidikan tinggi tetapi turut melibatkan diri dengan masyarakat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 5/5/2016

Share on Myspace