3 tahun jadi MP, Ustaz Idris ucap terima kasih

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi daripada Melayu, Cina, India yang telah memberi kepercayaan kepadanya.

Semalam, genap tiga tahun beliau dipilih oleh pengundi di Parlimen Bukit Gantang.

"Saya memohon kemaafan sepanjang 3 tahun saya menjalankan tugas sebagai ahli parlimen banyak kelemahan dan kekurangan yang saya lakukan.

"Saya cuba berkhidmat tanpa mengira ideologi parti, agama dan bangsa," ujarnya menerusi laman facebook, semalam.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kepemimpinan PAS Kawasan Bukit Gantang, Dewan Pemuda, Urusan Ulamak, Dewan Muslimat, DHPP, pimpinan cawangan yang banyak membantunya.

Katanya, penghargaan khusus kepada Fadhil, Haji Zainudin, Kamil dan Sdr Ah Lai yang banyak menguruskan Pusat Khidmat Ahli Parlimen dan menghubungkan dengan pengundi.

Naib Presiden PAS itu turut mengucapkan terima kasih kepada agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Baitul Mal, Pejabat Tanah.

"Tidak lupa kepada isteri saya Ustazah Kamariah yang memahami tugas saya dan banyak memberi sokongan moral dan meterial kepada saya.

"Semoga jasa kalian hanya Allah sahaja yang akan membalas dan menjadi amal soleh di sisi Allah SWT," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 6/5/2016

Share on Myspace