PAS pecat Husam Musa

HARAKAHDAILY | .

TINDAKAN  TATATERTIB KE ATAS YB. DATO’ HAJI HUSAM BIN  HAJI MUSA

DENGAN ini dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Tatatertib PAS telah meneliti aduan salah laku terhadap YB. Dato’ Haji Husam bin Haji Musa dan setelah mempertimbangkan kes ini dari semua aspek serta setelah mengambil kira kepentingan Parti dan perjuangannya, maka Jawatankuasa  Tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April 2016 mendapati YB. Dato’ Haji Husam bin Haji Musa melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan PAS, maka Jawatankuasa Tatatertib dengan sebulat suara bersetuju:

“Berdasarkan peruntukan Fasal 82(6)(d) Perlembagaan PAS (Pindaan 2011), Jawatankuasa Tatatertib PAS membuat keputusan mengambil tindakan tatatertib ke atas  YB. Dato’ Haji Husam bin Haji Musa, iaitu “MEMECAT DARI MENJADI AHLI PAS BERKUATKUASA PADA HARI KEPUTUSAN (23/4/2016)”

DR SANUSI DAENG MARIOK
Pengerusi
Jawatankuasa Tatatertib PAS – HARAKAHDAILY 6/5/2016

Share on Myspace