Mayat pertama dijumpai adalah timbalan menteri

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Sekarang ini saya berada di IPK Sarawak untuk menyambut jenazah adik saya YB Noriah yang merupakan mangsa pertama eksiden helikopter," ujar Datuk Seri Rohani Abdul Karim menerusi laman facebook.

Tulisan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu mengesahkan bahawa mayat wanita yang dijumpai tengah hari tadi adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.

Noriah adalah salah seorang yang berada dalam helikopter yang terhempas setelah berlepas dari Betong ke Keching jam 4.12 petang semalam.

Pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan selain Noriah, turut menaiki helikopter itu ialah Asmuni Abdullah (suami Noriah), Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang Rudolf Rex Ragas.

Share on Myspace