Dewan Ulamak PAS Kelantan sokong penuh JK Tatatertib

HARAKAHDAILY | .

Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan (DUPNK) menyokong penuh keputusan Jawatankuasa Tatatertib PAS yang telah memutuskan untuk memecat YB Datuk Haji Husam bin Musa (Adun Salor) dari menjadi ahli PAS berkuatkuasa pada 23 April 2016.

Sokongan ini adalah merujuk kepada beberapa Kaedah Fiqh yang masyhur iaitu:

درء  المفاسد مقدم على جلب المصالح
يتحمل الضرر الخاص بدفع الضرر العام
إذا تعارض مفسدتان ارتكب أخفهما لدفع أشدهما

DUPNK meletakkan kepercayaan penuh terhadap  Jawatankuasa Tatatertib PAS atas apa yang telah diputuskan dan yakin ianya telah diselidiki dan dikaji secara mendalam.

Sehubungan dengan itu, DUPNK menyeru semua ahli PAS bertenang dan terus memberikan kesetiaan kepada kepimpinan parti.

Diharapkan dengan tindakan tersebut memberi kebaikan (kemaslahatan) kepada kesinambungan parti. Yakinlah bahawa pertolongan Allah bersama dengan Jemaah.

بسم الله توكلت على الله
الله أكبر! الله أكبر ! الله أكبر!
ولله الحمد !

Datuk Hassan Mahmood
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan - HARAKAHDAILY 6/5/2016

Share on Myspace