Semoga kejayaan mengiringi calon-calon PAS

HARAKAHDAILY | .

Pilihan raya adalah satu medium untuk memilih pemimpin secara berjamaei menerusi wadah parti. Kepimpinan berjamaei menerusi parti perlu dinilai menerusi hala tuju, matlamat serta dasar parti tersebut seterusnya praktis kepimpinan dalam sejarah yang panjang.

Pemimpin bertanggungjawab untuk memimpin rakyat untuk mendapat kebajikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Pemimpin secara individu perlu mempunyai ciri-ciri kepimpinan antaranya berketrampilan, bijak, amanah, dipercayai dan prihatin kepada masalah rakyat.

Ciri-ciri kepimpinan terbaik dibayangkan oleh Khadijah ada pada diri baginda SAW antaranya menyambung hubungan rahim.antara ahli keluarga, bersedia menanggung golongan yang lemah, membantu golongan yang papa, memuliakan tetamu dan membantu mereka yang berhadapan musibah.

PAS menampilkan kepimpinan berjamaei menerusi wadah parti yang jelas hala tuju dan matlamat serta rujukan perjuangannya iaitu Islam yang datang sebagai rahmat bagi seluruh Alam.

PAS menampilkan 11 calon terbaik kepada rakyat Sarawak yang mempunyai keperibadian yang mulia dan mempunyai jiwa berkebajikan. Mereka diharap menjadi tangga kepada kemenangan yang lebih besar pada masa akan datang bagi memimpin rakyat Sarawak ke arah hidup yang lebih baik.

Kami menyeru rakyat Sarawak memberi mandat kepada calon-calon PAS bagi membawa suara berkebajikan dan keprihatinan di Dewan Undangan Negeri Sarawak sebagaimana berikut:

1. N4 PANTAI DAMAI, Encik Zainal Abidin Bin Yet

2. N7 SAMARIANG, Ustaz Yusof Assidiqqi Bin Ahmad Sharkawi

3. N16. MUARA TUANG, Encik Zulkipli Bin Ramzi

4. N24 SADONG JAYA, Cikgu Asan Bin Singkro

5. N27 SEBUYAU, Ustaz Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad

6. N29 BETING MARO, Cik Hamidah Binti Mokhtar

7. N60 KAKUS, Encik Clement Bayang

8. N67 JEPAK, Tuan Haji Kiprawi Bin Aman

9. N70 SAMALAJU, Encik Zharudin Bin Narudin

10. N72 LAMBIR, Encik Mohammad Arifiriazul Bin Paijo

11. N74 PUJUT, Tuan Haji Jofri Bin Haji Jaraiee

Kepada sahabat-sahabat yang bekerja keras di medan pilihan raya; teruskan tugasan saudara-saudara semua bagi membawa obor kebenaran dan kebajikan dengan menampilkan akhlak pendakwah dan pemimpin yang mulia.

Kepada mereka yang tidak berkesempatan berada di lapangan marilah kita titipkan doa moga kemenangan menjadi milik PAS dalam PRN kali ini.

سيروا على بركة الله

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Sabtu, 7 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 7/5/2016

Share on Myspace