Takziah buat keluarga mangsa tragedi Helikopter AS350

HARAKAHDAILY | .

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi Helikopter AS350 yang telah dilaporkan terhempas dua hari lepas.

Enam mangsa yang terlibat ialah Timbalan Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon, suaminya Asmuni Abdullah, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi, Ahmad Sobri Harun, dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.

Marilah kita sama-sama berdoa dan menunaikan solat hajat agar Allah selamatkan mangsa, dilindungi mereka dan dipermudahkan kerja Pasukan SAR untuk mencari mereka.

Semoga keluarga mangsa dan pihak terbabit diberikan ketabahan, kesabaran dan keredhaan hati untuk menghadapi ujian yang menimpa dengan segala ketentuan dari Allah.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
29 Rejab 1437 / 7 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 7/5/2016

Share on Myspace