PAS akan terus bersama rakyat Sarawak

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan tahniah kepada rakyat Sarawak yang telah mengundi pada Pilihan raya Negeri (PRN) ke-11, hari ini.

"Sekalung tahniah buat rakyat negeri Sarawak yang telah selesai melaksanakan tugas mengundi pada PRN11 sekejap tadi.

"Semoga demokrasi negara bertambah subur dengan keberanian dan kecekalan manakala kesejahteraan hidup menjadi kenyataan melalui kebebasan dan keadilan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menerusi laman facebook, petang ini.

Katanya, PAS akan terus bersama rakyat Sarawak dengan perjuangan Islam yang syumul dan adil.

Pada PRN kali ini, PAS bertanding 11 kerusi iaitu di Dun Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut. - HARAKAHDAILY 7/5/2016

Share on Myspace