PRN Sarawak: Analisis awal 11 kerusi PAS bertanding

MUHTAR SUHAILI AS-SARAWAKI | .

RUMUSAN ANALISIS:

- Undi PAS di Beting Maro dan Sebuyau meningkat. PAS kalah kerana BN mendapat peningkatan undi yang jauh lebih tinggi.

- Undi dan majoriti BN meningkat di Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang dan Sadong Jaya. PAS tidak hilang wang deposit di Pantai Damai dan Samariang, namun hilang wang deposit di Muara Tuang dan Sadong Jaya.

- Di 5 kerusi di mana PAS bertembung dengan PAN (Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro), di kesemua kerusi tersebut PAN hilang wang deposit dan hanya memperolehi undi yang sangat sedikit.

- Di 5 kerusi di mana PAS turut bertembung dengan PKR (3 - Kakus, Jepak dan Lambir) dan DAP (2

- Samalaju dan Pujut), PAS hilang wang deposit di kerusi-kerusi tersebut.

- PAS hilang wang deposit di 7 daripada 11 kerusi yang ditandinginya.

DAPATAN DAN PENGAMATAN

- Faktor 'Good Feel' terhadap Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem secara keseluruhannya mempengaruhi kemenangan besar BN.

- PAS berjaya mengekalkan undi di kebanyakan kerusi Dun yang majoriti Melayu-Islam. PAS tidak hilang deposit di Beting Maro, Sebuyau, Samariang dan Pantai Damai.

- PAS tidak berjaya menembusi kerusi majoriti kaum Dayak (Kakus) dan Cina (Pujut). PAS hilang wang deposit di kedua-dua kerusi ini. Ini mungkin kerana sentimen perkauman dan agama yang cuba dimainkan dan dipersepsikan terhadap PAS, contohnya DAP melabel PAS anti-bukan Islam.

- Di kerusi-kerusi campuran, PKR dan DAP lebih diterima berbanding PAS. PAS hilang wang deposit dan ketinggalan berbanding PKR/DAP di Lambir, Samalaju dan Jepak meskipun PAS mempunyai jentera yang lebih tersusun di tempat-tempat tersebut.

1⃣ 4 KERUSI LAMA, kerusi yang telah ditandingi PAS pada PRN Ke-10 yang lalu.

N29 BETING BARO: Walaupun PAS kalah, namun jumlah undi diterima PAS meningkat dari 2,678 (tahun 2011) kepada 3,051 (tahun 2016). BN pula berjaya meningkatkan undi dengan jauh lebih tinggi dari 3,069 (tahun 2011) kepada 4,758 (tahun 2016). PAN pula hilang wang deposit dengan hanya memperolehi 103 undi.

N27 SEBUYAU: Walaupun PAS kalah, namun jumlah undi diterima PAS kekal malah meningkat sedikit dari 1,769 (tahun 2011) kepada 1,789 (tahun 2016). BN pula berjaya meningkatkan undi dengan lebih tinggi dari 4,045 (tahun 2011) kepada 4,531 (tahun 2016). PAN pula hilang wang deposit dengan hanya memperolehi 164 undi.

N24 SADONG JAYA: Meski undi BN merosot dari 4,008 (tahun 2011) kepada 3,925 (tahun 2016), namun undi diperolehi PAS juga jauh berkurang hampir separuh dari 1,074 (tahun 2011) kepada hanya 458 (tahun 2016) sekaligus hilang wang deposit. PAN dan Bebas turut hilang wang deposit dengan hanya memperolehi 157 dan 234 undi masing-masing. Undi Calon Bebas lebih tinggi dari PAN.

N16 MUARA TUANG: Walaupun BN menang, namun sebenarnya undi yang mereka perolehi merosot dari 11,309 (tahun 2011) kepada 10,086 (tahun 2016). Undi PAS pula merosot lebih separuh dari 3,196 (tahun 2011) kepada 1,508 (tahun 2016) mungkin disebabkan pertandingan 3 penjuru. Meski mendapat 1,508 undi namun turut hilang wang deposit kerana gagal mendapat 10% undi dari jumlah pengundi. PAN turut hilang wang deposit dengan hanya memperolehi 765 undi.

2⃣ 2 KERUSI BARU ZON SELATAN, kerusi baru yang ditandingi PAS pada PRN Ke-11 ini di Bahagian Kuching.

N04 PANTAI DAMAI: BN menang dengan majoriti lebih tinggi dengan mendapat undi sebanyak 10,918 (tahun 2016) berbanding 7,425 (tahun 2011). PAS pula memperolehi 1,658 undi dalam pertandingan satu lawan satu ini dan tidak hilang wang deposit.

N07 SAMARIANG: BN menang dengan majoriti lebih tinggi dengan mendapat undi sebanyak 9,795 (tahun 2016) berbanding 8,008 (tahun 2011). PAS pula memperolehi 2,035 undi dan tidak hilang wang deposit. PAN pula hilang wang deposit dengan hanya memperolehi 389 undi.

3⃣ 5 KERUSI BARU ZON UTARA, kerusi baru yang ditandingi PAS pada PRN Ke-11 ini di Bahagian Bintulu dan Miri.

N60 KAKUS: PAS tidak berjaya menarik undi pengundi Iban di sini, hanya mendapat 482 undi. Antara faktor awal yang dikenalpasti ialah wujudnya cubaan pihak-pihak tertentu menakut-nakutkan pengundi bahawa PAS parti ekstrem, jika undi PAS seolah-olah masuk Islam dan lain-lain.

N67 JEPAK, N70 SAMALAJU DAN N72 LAMBIR: Di sebalik pelbagai ikhtiar dan progran dilakukan oleh PAS sejak beberapa tahun kebelakangan di kawasan DUN ini, namun pengundi masih skeptikal untuk mengundi Parti Islam tersebut. PAS hanya mendapat masing-masing 406, 447 dan 829 di Jepak, Samalaju dan Lambir.

N74 PUJUT: Cubaan PAS untuk menarik pengundi Cina dan membuang persepsi bahawa PAS parti yang tertutup masih belum berjaya, PAS hanya mendapat 513 undi. Masyarakat Cina masih mempunyai tanggapan yang negatif terhadap PAS dan antara dapatan awalnya ialah pengaruh media yang tidak menyebelahi PAS.

Keputusan Penuh 11 Kerusi PAS PRN Sarawak Kali Ke-11 (2016) adalah seperti berikut:

N.04 PANTAI DAMAI
BN - Abdul Rahman Junaidi (10,918 undi)
PAS - Zainal Abidin Yepni (1,658 undi)
Keputusan: BN menang dengan majoriti 9,260 undi.

N.07 SAMARIANG
PAS - Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (2,035 undi)
PAN - Nani Sahari (389 undi, hilang deposit)
BN - Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (9,795 undi)
Keputusan: BN menang dengan majoriti 7,760 undi.

N.16 MUARA TUANG
BN - Idris Buang (10,086 undi)
PAN - Abang Abdul Halil Abang Naili (765 undi, hilang deposit)
PAS - Zulkipli Ramzi (1,508 undi, hilang deposit)
Keputusan: BN menang dengan majoriti 8,578 undi.

N.24 SADONG JAYA
PAN - Othman Mustapha @ Mos (157 undi, hilang deposit)
BN - Aedil Lariwoo (3,925 undi)
PAS - Asan Singkro (458 undi, hilang deposit)
Bebas - Awang Rabiee Awang Hosen (234 undi, hilang deposit)
Keputusan: BN menang dengan majoriti 3,467 undi.

N.27 SEBUYAU
BN - Julaihi Narawi (4,531 undi)
PAS - Wan Abdillah Wan Ahmad (1,789 undi)
PAN - Andrew Jain (164 undi, hilang deposit)
Keputusan: BN menang dengan majoriti 2,742 undi.

N.29 BETING MARO
BN - Razaili Gapor (4,758 undi)
PAN - Andri Zulkarnaen Hamden (103 undi, hilang deposit)
PAS - Hamidah Mokhtar (3,051 undi)
Keputusan: BN menang dengan majoriti 1,707 undi.

N.60 KAKUS
BN - John Sikie Tayai (7,054 undi)
PKR - Joshua Jabing (1,843 undi)
PAS - Clement Bayang (482 undi, hilang deposit)
Keputusan: BN menang dengan majoriti 5,211 undi.

N.67 JEPAK
PAS - Kiprawi Aman (406 undi, hilang deposit)
BN - Talib Zulpilip (6,342 undi)
Bebas - Wong Hau Ming (190 undi, hilang deposit)
PKR - Abdul Jalil Bujang (2,141 undi)
STAR - Mohammad Anuar Abdul Hamid (136 undi)
Keputusan: BN menang dengan majoriti 4,201 undi.

N.70 SAMALAJU
DAP - Baba Emperan (2,992 undi)
BN - Majang Renggi (5,456 undi)
PAS - Zharudin Narudin (447 undi, hilang deposit)
Keputusan: BN menang dengan majoriti 2,464 undi.

N.72 LAMBIR
PAS - Mohammad Arifiriazul Paijo (829 undi, hilang deposit)
BN - Ripin Lamat (7,503 undi)
PKR - Mohdak Ismail (2,596 undi)
Keputusan: BN Menang dengan Majoriti 4,907 undi.

N.74 PUJUT
PAS - Jofri Jaraiee (513 undi, hilang deposit)
BN - Hii King Chiong (7,140 undi)
DAP - Ting Tiong Choon (8,899 undi)
Bebas - Fong Pau Teck (375 undi, hilang deposit)
Keputusan: BN menang dengan majoriti 1,759 undi.

Keputusan Penuh 5 Kerusi PAS PRN Sarawak Kali Ke-10 (2011) adalah seperti berikut:

N.03 TANJUNG DATU
BN - Adenan Satem (4,218 undi)
BEBAS - Gilbert Asson ak Kulong (215 undi)
PAS - Nani Sahari (1,002 undi)
Keputusan: BN menang dengan majoriti 3,216 undi.

N.15 MUARA TUANG
BN - Mohamad Ali Mahmud (11,039 undi)
PAS - Noraini Hamzah (3,196 undi).
Keputusan: BN menang dengan majoriti 8,843 undi.

N.20 SADONG JAYA
BN - Aidel Lariwoo (4,008 undi)
BEBAS - Mahayudin Wahab (402 undi)
PAS - Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (1,074 undi)
Keputusan: BN menang dengan majoriti 2,934 undi.

N.22 SEBUYAU
BEBAS - Ali bin Semsu (67 undi)
PAS - Adam Ahid (1,769 undi)
BN - Julaihi Narawi (4,045 undi)
Keputusan: BN menang dengan majoriti 2,276 undi.

N.24 BETING MARO
BN - Razaili Gapor (3,069 undi)
PAS - Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (2,678 undi)
Keputusan: BN menang dengan majoriti 391 undi. - HARAKAHDAILY 8/5/2016

Penulis ialah Setiausaha PAS Negeri Sarawak.

Share on Myspace