Muslim Bosnia buka semula masjid dimusnah Serbia

HARAKAHDAILY | .

LEBIH 10,000 orang berkumpul untuk menghadiri pembukaan semula sebuah masjid di Bosnia yang dihancurkan oleh Kristian Ortodoks Serbia semasa perang pada tahun 1992-1995 lalu.

Masjid Ferhat Pasha adalah sebuah binaan seni bina Uthmaniyyah pada abad ke-16.

Masjid tua ini adalah salah satu daripada 16 masjid di bandar Banja Luka yang dihancurkan oleh Serbia sebagai usaha menghapuskan jejak umat Islam pernah tinggal di sana.
 
Usaha untuk meletakkan batu asas pembinaan semula masjid pasca perang pada tahun 2001 terganggu oleh massa nasionalis Serbia yang menyerang jamaah Muslim, mencederakan puluhan dan membunuh seorang.  

Dalam insiden itu, pasukan NATO harus membawa lari duta besar asing dari lokasi upacara peletakan batu asas dengan helikopter.

Semalam, pihak berkuasa Serbia Bosnia mengerahkan lebih daripada 1,000 polis untuk mententeramkan acara yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu. [Islampos]

Share on Myspace