Tahniah, terima kasih seluruh jentera PAS

HARAKAHDAILY | .

Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh jentera pilihan raya PAS yang telah bertungkus lumus tanpa mengira penat lelah pada PRN Sarawak yang baru sahaja berakhir.

Terima kasih kepada petugas-petugas dari Semenanjung yang telah turut membantu jentera pilihan raya PAS di Sarawak.

Kerjasama mantap di antara mereka dan jentera PAS tempatan telah melicinkan gerak kerja PAS pada PRN tersebut.

Walaupun PAS tidak berjaya memenangi mana-mana kerusi namun bagi beberapa Dun, sokongan yang diberikan oleh rakyat adalah amat menggalakkan.

Oleh yang demikian, terima kasih diucapkan kepada rakyat Sarawak yang telah memberikan sokongan mereka kepada PAS.

Masanya adalah untuk memandang ke hadapan dan meneruskan usaha agar PAS akan dapat terus berkembang di Sarawak.

Saya yakin pemimpin dan ahli-ahli PAS Sarawak termasuk ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) berupaya memikul tanggungjawab ini.

Walau bagaimanapun satu kajian yang terperinci mesti dilakukan kerana banyak pengajaran-pengajaran dari keputusan PRN ini yang perlu dipelajari oleh bukan sahaja PAS tetapi parti-parti pembangkang yang lain.

Politik adalah sesuatu yang dinamik dan tidak statik. PRN Sarawak telah memberikan beberapa isyarat-isyarat penting yang juga relevan kepada perkembangan politik di Semenanjung.

Ianya tidak seharusnya diabaikan terutamanya dengan pilihan raya umum kurang dari 24 bulan dari sekarang.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Naib Presiden PAS / Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
8 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 8/5/2016

Share on Myspace