Pelawaan Azmin: Ini jawapan Iskandar Samad

HARAKAHDAILY | .

MEDIA telah meminta komen saya tentang pelawaan Timbalan Presiden PKR, Dato' Seri Mohd Azmin Ali agar PAS kembali bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Komen saya adalah perkara seperti ini hanya boleh diputuskan oleh PAS Pusat.

PAS Selangor tidak boleh membuat apa-apa keputusan walaupun berhak menyatakan pandangan.

PAS Selangor yakin dengan kebijaksanaan dan pandangan jauh PAS Pusat yang akan mengambil kira situasi di negeri-negeri.

Walau bagaimanapun bagi kami di Selangor, kerjasama di antara ketiga-tiga parti masih terus berjalan di dalam kerajaan.

DATO' ISKANDAR ABDUL SAMAD
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
9 Mei 2016 – HARAKAHDAILY 9/5/2016

Share on Myspace