Luka Aleppo adalah luka umat Islam

HARAKAHDAILY | .

LEBIH daripada 250 orang awam bandar Aleppo, Syria meninggal dunia dan 700 orang tenaga perubatan mengalami kecederaan akibat konflik bersenjata tentera kerajaan Bashar Assad dan sekutu melawan kumpulan pembangkang.

Pada 28 April lalu, sebuah hospital Al Quds di bandar Aleppo runtuh akibat serangan udara pasukan tentera pemerintah. Sekurang-kurangnya, 3 orang doktor dan 14 pesakit meninggal dunia.

Sepanjang akhir April 2016, suasana bandar Aleppo kelihatan semakin mencengkam.

Pengurus Asian Pacific Comunity for Palestine, Ustazah Nurjannah berkata krisis kemanusiaan yang menimpa Syria merupakan krisis seluruh umat Islam.

"Luka Aleppo menambah luka Syria, di Yarmuk kita lihat tidak ada yang boleh dimakan kecuali daging anjing dan pokok kaktus," ujarnya dalam misi kemanusiaan untuk Aleppo di kedutaan Syria, Kuningan, Jakarta Selatan, hari ini.
 
Krisis kemanusiaan di Syria, katanya, menambah senarai panjang mangsa kemanusiaan akibat konflik bersenjata di Timur Tengah.

"Luka Aleppo adalah luka kemanusiaan, luka umat Islam, kalian diberi amanah untuk membela manusia," katanya.

Setiausaha Agung Spirit of Aqsa, Ustaz Umar Makka mengajak segenap umat Islam untuk turut mendoakan keselamatan masyarakat awam Syria.

Katanya, doa adalah senjata terbaik yang dimiliki umat Islam.

Beliau juga meminta umat Islam membantu mengatasi krisis kemanusiaan semampunya sama ada dengan moral mahupun material. (Islampos)

Share on Myspace