PAS Perak bincang isu semasa bersama Mufti Perak

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .

IPOH: PAS Perak berpeluang mengadakan pertemuan bersama Mufti Negeri Perak, Tan Sri Dr Haji Harussani Haji Zakaria di Pejabat Jabatan Mufti, di sini, semalam.

Pertemuan tersebut diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria bertujuan untuk berkongsi pandangan dan pendapat berkaitan isu-isu umat Islam khususnya di Negeri Perak.

Antara isu yang dibincangkan bersama seperti krisis penyatuan uamt Islam di Perak, perancangan Kristianisasi yang semakin menular dalam kalangan masyarakat serta beberapa isu berkaitan.

Perbincangan yang harmoni bersama tokoh ilmuwan seperti beliau mampu membuka ruang kepada PAS memberikan pandangan serta idea demi kebaikan bersama.

PAS Perak berterima kasih kepada Mufti Perak kerana sudi menerima kunjungan itu dan berkongsi pandangan beliau untuk bersama menyelamatkan umat Islam.

Turut serta dalamn pertemuan tersebut, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak; Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib, Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Perak; Ustaz Saleh Said, Ketua Penerangan Ulamak PAS ; Ustaz Norazli Musa, Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Perak; Ustaz Mustafa Wahab dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak; Ustaz Hafez Sabri. – HARAKAHDAILY 10/5/2016

Share on Myspace