Kejayaan, kegagalan bukan tanggungjawab kita

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Usah kecewa jika kita gagal menyeru manusia kembali ke jalan Allah, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

"Apa yang perlu kita kecewa apabila kita gagal menempatkan diri kita sebagai orang yang menyumbang kepada kemenangan Islam," ujarnya menerusi laman facebook.

Justeru, kata beliau alangkah bahagianya mereka yang telah berjaya menghabiskan usia dan hayatnya kepada perjuangan Islam.

Beliau menambah, semua kita adalah da'i Ilallah untuk mengajak orang lain bersama-sama di landasan agama Allah.

"Tugas kita menyeru manusia, kejayaan atau kegagalan bukan tangungjawab kita.

"Kita tidak ditanya di akhirat nanti tentang kejayaan kita atau kegagalan kita, tetapi yang akan ditanya ialah usaha kita," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Sehubungan itu, tambahnya beruntunglah orang yang terus bekerja menjalankan tugas sebagai penyeru kepada agama Allah SWT. - HARAKAHDAILY 11/5/2016

Share on Myspace