Mohd Syakirin menang cipta logo Muktamar PAS ke-62

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Mohamad Syakirin Mohd Khalid dari Bandar Tenggara, Kulai dipilih sebagai pemenang utama pertandingan mencipta logo Muktamar Tahunan PAS ke-62, tahun ini.

Menurut pengarah pertandingan, Shuhaimi Embong, penyertaan kali ini yang terhad kepada ahli PAS sahaja berkurangan separuh berbanding tiga tahun lepas.

Katanya, pemilihan kali ini dilakukan dalam dua pusingan iaitu saringan awal oleh jawatankuasa teknikal yang dilantik Jabatan IT PAS Pusat, selaku urusetia penganjur pertandingan sebelum diserahkan kepada pemilihan terakhir pemenang utama oleh  jawatankuasa khas pemilihan jawatankuasa panitia induk Muktamar Tahunan PAS ke-62 pada 5 Mei lalu.

Tambahnya, pemenang utama mnerima hadiah wang tunai RM1,650 dan sijil penghargaan.

Menurutnya lagi, lima peserta menerima sagu hati berupa wang tunai RM200 dan sijil penghargaan ialah Madiha Mohd Ajran (Klang), Muhammad Harith Saiful Bahri Azam (Ampang), Selangor, Shahrizal Zulkuply (Jerantut), Hazizul Hakim Mohd Jais (Melaka) dan Asyraf Hamdy  Abdul Hamid (Kota Bharu).

"Pihak penganjur merakam ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan pertandingan pada kali ini," ujarnya. - HARAKAHDAILY 11/5/2016

Share on Myspace