Ahli PAS memang macam ni, tak pernah berubah

USTAZ ROSLI ABD JABAR | .

SETENANG AIR - SIRI 3

BELUM pun hilang lelah diPRN Sarawak, Kuala Kangsar dan Sungai Besar pula memanggil. Dua kerusi PAS bertanding pada PRU13 lalu telah kosong kerana kematian dua penyandangnya yang nahas helikopter ketika PRN Sarawak beberapa hari lalu. Moga roh mereka dicucuri rahmat. Ameen.

PRK mungkin akan berlaku pada bulan ramadhan ini. PRK pada bulan ramadhan dah pernah berlaku di beberapa tempat. Bagi saya ia sangat menyeronokkan dan sangat memberikan ketenangan. Bulan apapun bagi ahli PAS tak kisah, apabila digamit panggilan bertugas, walaupun tulang belakang belum lurus, akan segera menyahut.

PAS Pahang diberi amanah bertugas di PRN Sarawak yang berakhir pada 7 Mei, 8 Mei pula program INFIRU 4K, Himpunan 4 ribu jentera pilihan raya seluruh negeri, kehadiran jentera hampir mencecah 6 ribu jentera. Ada yang baru pulang dari Sarawak terus ke sana, bersemangat untuk menjayakan program walaupun keletihan.

Untuk ke Sarawak ahli mengumpulkan duit sendiri dan juga daripada sumbangan ahli serta penyokong yang tidak pergi. Begitu juga dengan PRK yang sudah-sudah dan yang bakal berlaku.

Tenaga dan duit begitu cair bagi ahli dan penyokong PAS, ada yang tak mampu berikan tenaga mereka berikan harta, begitu juga yang tidak berharta mereka berikan tenaga, malahan ramai juga yang berikan keduanya sekali.

Kini ahli-ahli diperingkat akar umbi telah bertanya dimanakan mereka akan bertugas, kotak inbox dipenuhi dengan soalan itu, sabar... jawap saya, tiada sebarang arahan lagi. Yang bertanya pula tu, ada dalam kalangan mereka yang baru pulang dari Sarawak. Tak tahu erti penat, walaupun tak dapat walau satu kerusi pun di Sarawak, semangat ahli PAS seolah semua kerusi PAS menang.

Kerja mengumpul duit untuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dah bermula. Ahli PAS dah mula bersiap, tunggu je panggilan. Seorang ahli PAS otai kata "Ahli PAS ni, tunggu panggilan bertugas macam tunggu panggilan Malaikat maut, asal panggil je, terus selalu", begitulah bandingan dia.

Tenaga, masa, duit semua dikorbankan untuk perjuangan. Walaupun pengorbanan itu bertali-tali, tiada putus, habis satu sambung lagi satu, baru lepas keluar, kena keluar lagi, baru lepas derma, kena derma pulak lagi, baru habis PRN sambung pulak INFIRU pastu sambung pulak PRK.

Tak pulak mengeluh, malahan nampak gembira dan sentiasa bersedia untuk bertugas. Begitulah ahli PAS, masa saya mula masuk PAS, ahli PAS dah memang macam ni, sejak dulu, tak pernah berubah sikapnya terhadap perjuangan. Ada yang bertanya "kenapa ahli PAS ni, tak reti penat ke?, jawapannya tak mampu nak saya katakan secara lisan mahupun bertulis, kalau nak tahu 'jom sertai PAS'. – HARAKAHDAILY 12/5/2016

Share on Myspace