Amiruddin letak jawatan YDP, kekal ketua pembangkang

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Kedah telah mengambil maklum tentang peletakan jawatan Datuk Amiruddin Hamzah sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah.

Walau bagaimanapun, kata Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi, Amiruddin kekal memegang jawatan Ketua Pembangkang Dun Kedah, Pengerusi Pembangunan Kompleks PAS Kedah dan beberapa entiti lain yang diberi tanggungjawab ke atasnya oleh PAS Kedah.

"Beliau kekal beristiqamah dan terus memberi khidmat kepada PAS," ujarnya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Menurutnya, pentadbiran PAS Kuala Kedah berjalan seperti biasa dengan tugas-tugas dilaksana oleh pemangku jawatan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan parti.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada semua ahli PAS Kedah agar terus fokus terhadap kerja-kerja mendekati rakyat serta memperjuangkan hak-hak mereka dengan penuh dedikasi. - HARAKAHDAILY 12/5/2016

Share on Myspace